Bunyi paus lain Lagu paus

Kebanyakan paus baleen menghasilkan bunyi sekitar 15–20 hertz. Bagaimanapun, pakar biologi laut di Institute (Woods Hole Oceanographic) melapurkan dalam majalah New Scientist pada Desember 2004 bahawa mereka telah menjejak seekor paus di Pasifik Utara selama 12 tahun yang "menyanyi" pada 52 Hz. Pakar sains pada masa kini gagal menjelaskan perbezaan jelas kepada kebiasaan; bagaimanapun, mereka yakit ia adalah paus baleen dan tidak mungkin spesies baru, mencadangkan bahawa spesies yang diketahui kini mempunyai keupayaan suara yang julatnya lebih luas dari apa yang diketahui.

Kebanyakan paus dan lumba-lumba lain menghasilkan bunyi dengan pelbagai tahap kerumitannya. Yang menarik adalah Beluga ("canary laut") yang menghasilkan pelbagai jenis siulan, klik dan denyutan (pulses).